Kata Aluan Pengarah Urusan
Ke Arah Kecemerlangan Bersama
Alhamdulillah, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pelanggan, rakan strategik serta seluruh warga kerja yang telah menyumbang kepada perkembangan Millenium Glotech Resources (M) Sdn. Bhd.
Berbekalkan komitmen terhadap kualiti, keselamatan dan profesionalisme, syarikat sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam memenuhi keperluan industri yang sentiasa berkembang.
Selain pengkhususan utama syarikat, kami turut menyediakan perkhidmatan Facility Management secara menyeluruh bagi memastikan penyelesaian yang cekap, berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
Dengan berpegang kepada nilai integriti, inovasi dan kecemerlangan, kami komited untuk terus memperkukuhkan kedudukan syarikat serta menjadi rakan strategik yang dipercayai dalam setiap projek yang dilaksanakan.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan. Bersama-sama, kita melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Tc. Mohd Zulfahmie Bin Mohd Zaki
Pengarah Urusan
KEPAKARAN KAMI
Pembinaan Bangunan
Kejuruteraan Elektrikal & Mekanikal
Pengurusan Fasiliti
Penyelenggaraan Bangunan
PROJEK TERKINI





